Pages

Perkhidmatan van sewa di Kuching, Sarawak

Assalammualaikum w.b.t..

Adakah anda memerlukan perkhidmatan van sewa untuk memudahkan percutian anda semasa berada di Kuching, Sarawak? Kami menyediakan perkhidmatan van sewa yang berdaftar kepada pelancong-pelancong sama ada dari dalam atau luar negeri.Pemandu van sewa kami adalah seorang yang berpengalaman di dalam perkhidmatan van sewa ini iaitu sejak tahun 2003. Perkhidmatan van sewa yang kami sediakan juga akan melancarkan lagi perjalanan percutian anda sekeluarga atau rombongan lawatan yang anda rancangkan ke Kuching. Perkhidmatan van sewa kami menyediakan kemudahan yang selesa seperti penghawa dingin dan menjanjikan ketepatan masa perjalanan anda ke destinasi. Harga yang kami akan tetapkan amat berpatutan dan boleh dibawa berunding.RM200 bermula 8.00am hingga 5.00pm.Segala permintaan boleh dipertimbangkan.

Di antara tempat-tempat yang biasa dikunjungi atas permintaan pelanggan adalah Kampung Budaya, Taman Negara Bako, Pasar Minggu Satok, Pusat Hidupan Liar Matang, Serikin, Waterfront, Muzium Kuching dan Muzium Sarawak serta banyak lagi tempat menarik yang boleh anda kunjungi.

Jika anda berminat dengan perkhidmatan yang kami sediakan, sila hubungi kami segera:

No tel: 016-8839792(cel), Encik Sofi bin Bujang.
: 0148977033(cel), Cik Norazzah binti Sofi.





Antara tempat MENARIK yang boleh anda kunjungi semasa menikmati perkhidmatan van sewa kami semasa berada di Kuching, Sarawak..

Monday, April 26, 2010

Kampung Budaya


Kampung budaya ini juga digelar 'Muzium Kehidupan' ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan.

Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelawat. Penduduk kampung ini menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelawat. Pelawat juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.

Rumah panjang yang terdapat di sini mempunyai deretan bilik-bilik yang bersebelahan yang disambungkan dengan sebuah ruang serambi yang panjang yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti seperti mengukir kayu dan menganyam bakul. Pelawat sering dijemput menghadiri majlis pada waktu malam dan dihidangkan minuman tuak yang diperbuat sendiri oleh penduduk kaum Iban dengan menggunakan beras. Rumah tumpangan yang selesa juga ada disediakan untuk pelawat.

No comments:

Post a Comment