Kami menyediakan perkhidmatan van sewa yang menjanjikan keselesaan dan harga berpatutan untuk melancarkan perjalanan anda di sekitar Kuching...
Perkhidmatan van sewa di Kuching, Sarawak
Assalammualaikum w.b.t..
Adakah anda memerlukan perkhidmatan van sewa untuk memudahkan percutian anda semasa berada di Kuching, Sarawak? Kami menyediakan perkhidmatan van sewa yang berdaftar kepada pelancong-pelancong sama ada dari dalam atau luar negeri.Pemandu van sewa kami adalah seorang yang berpengalaman di dalam perkhidmatan van sewa ini iaitu sejak tahun 2003. Perkhidmatan van sewa yang kami sediakan juga akan melancarkan lagi perjalanan percutian anda sekeluarga atau rombongan lawatan yang anda rancangkan ke Kuching. Perkhidmatan van sewa kami menyediakan kemudahan yang selesa seperti penghawa dingin dan menjanjikan ketepatan masa perjalanan anda ke destinasi. Harga yang kami akan tetapkan amat berpatutan dan boleh dibawa berunding.RM200 bermula 8.00am hingga 5.00pm.Segala permintaan boleh dipertimbangkan.
Di antara tempat-tempat yang biasa dikunjungi atas permintaan pelanggan adalah Kampung Budaya, Taman Negara Bako, Pasar Minggu Satok, Pusat Hidupan Liar Matang, Serikin, Waterfront, Muzium Kuching dan Muzium Sarawak serta banyak lagi tempat menarik yang boleh anda kunjungi.
Jika anda berminat dengan perkhidmatan yang kami sediakan, sila hubungi kami segera:
No tel: 016-8839792(cel), Encik Sofi bin Bujang.
: 0148977033(cel), Cik Norazzah binti Sofi.
Antara tempat MENARIK yang boleh anda kunjungi semasa menikmati perkhidmatan van sewa kami semasa berada di Kuching, Sarawak..
Wednesday, April 28, 2010
Pasar Serikin
Pasar Serikin merupakan tempat yang sememangnya pelancong tidak akan terlepas untuk berkunjung sekiranya tiba di Sarawak. Serikin terletak di antara Sarawak dan Kalimantan. Jarak dari bandar Kuching ke Serikin adalah lebih kurang 50km. Namun demikian, perjalanan yang mengambil tempoh sejam setengah itu adalah berbaloi. Hal ini demikian kerana Serikin menawarkan pelbagai jenis barangan dengan harga yang agak murah. Antaranya ialah kain batik,barang kristal,tikar dan banyak lagi.
Penjual di Pasar Serikin kebanyakannya merupakan orang Indonesia yang datang ke sana untuk berjual. Pasar Serikin juga sering dipenuhi oleh orang ramai pada hujung minggu.
Monday, April 26, 2010
Taman Negara Bako
Taman negara yang tertua di Sarawak ini diasaskan pada tahun 1957 merangkumi kawasan seluas 27 km persegi terletak kira-kira 37 km dari bandaraya Kuching.
Bako terkenal sebagai taman negara yang paling mudah dikunjungi di Sarawak bagi memerhati Monyet Belanda atau 'Proboscis Monkey'.
Taman negara ini terkenal dengan persekitaran semulajadi yang mempesona, habitat, tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar.
Tarikan utama di sini ialah teluknya yang terlindung serta tanjung berbatu dengan tebing curam yang mengagumkan berhadapan dengan Laut China Selatan.
Ombak laut, air masin dan angin kuat telah mengukir gerbang dan tiang batu semulajadi di kaki tebing sehingga ada yang menerjah permukaan laut bagaikan kepala naga. Pembentukan batu pasir di tebing tampak kemerahan disebabkan kandungan besi yang ada.
Di pedalaman pula, air terjun mengalir ke dalam takungan kolam air tawar diiringi ketenteraman persekitaran hutan yang hijau segar.
Pasar Minggu Satok
Pasar Ahad di Jalan Satok, Kuching ialah destinasi beraneka warna di mana penduduk kampung dari serata daerah ini membawa hasil hutan dan buah-buahan yang tidak boleh didapati di mana-mana tempat yang lain.
Para penjaja membawa masuk barang jualan mereka pada hari Sabtu petang dan pasar Ahad ini bermula seawal jam 5 pagi.
Pasar yang menarik ini menawarkan peluang melihat dan mengenali hasil herba, buah-buahan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang digunakan oleh penduduk Sarawak di dalam masakan dan perubatan tradisional mereka.
Suasana meriah dan keramahan penduduk tempatan menjadikan lawatan di pasar ini sangat menyeronokkan - semuanya di tengah-tengah bandar Kuching.
Pusat Hidupan Liar Matang / Matang Wild Life Centre
Pusat Hidupan Liar Matang terletak kira-kira 35km dari Kuching. Kawasan hutan hujan yang besar dan berpagar yang terletak di Taman Negara Kubah adalah tempat tinggal hidupan liar yang semakin pupus. Di sini sebuah program latihan telah diadakan untuk mengajar Orang Utan yang telah kematian ibubapa atau yang diselamatkan daripada menjadi haiwan peliharaan tentang cara untuk hidup di hutan. Pengunjung akan dapat melihat banyak Orang Utan di sini terutama sekali pada waktu mereka diberi makan. Selain dari primat yang comel ini, ada juga Beruang Madu, Rusa Sambar, musang Civet dan tiga buah rumah burung yang mengandungi Helang Laut, burung Kenyalang dan burung-burung lain di Sarawak.
Pusat ini menyediakan peluang yang baik untuk para pengunjung melihat Orang Utan tetapi haiwan lain mungkin agak sukar untuk dilihat.
Kampung Budaya
Kampung budaya ini juga digelar 'Muzium Kehidupan' ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan dan kesenian negeri Sarawak. Muzium ini terletak di Pantai Damai, Santubong hanya 32km dari bandar Kuching merupakan tempat yang terbaik untuk mengenali budaya dan cara hidup tempatan.
Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Mereka memakai pakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pelawat. Penduduk kampung ini menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pelawat. Pelawat juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak; rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.
Rumah panjang yang terdapat di sini mempunyai deretan bilik-bilik yang bersebelahan yang disambungkan dengan sebuah ruang serambi yang panjang yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti seperti mengukir kayu dan menganyam bakul. Pelawat sering dijemput menghadiri majlis pada waktu malam dan dihidangkan minuman tuak yang diperbuat sendiri oleh penduduk kaum Iban dengan menggunakan beras. Rumah tumpangan yang selesa juga ada disediakan untuk pelawat.