
Pasar Serikin merupakan tempat yang sememangnya pelancong tidak akan terlepas untuk berkunjung sekiranya tiba di Sarawak. Serikin terletak di antara Sarawak dan Kalimantan. Jarak dari bandar Kuching ke Serikin adalah lebih kurang 50km. Namun demikian, perjalanan yang mengambil tempoh sejam setengah itu adalah berbaloi. Hal ini demikian kerana Serikin menawarkan pelbagai jenis barangan dengan harga yang agak murah. Antaranya ialah kain batik,barang kristal,tikar dan banyak lagi.
Penjual di Pasar Serikin kebanyakannya merupakan orang Indonesia yang datang ke sana untuk berjual. Pasar Serikin juga sering dipenuhi oleh orang ramai pada hujung minggu.